Dia memerhati orang sekeliling. Penuh dengan gelagat dan karenah masing-masing. Yang menarik perhatiannya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berumur sekitar 4 tahun berlari-lari di sekitarnya. Tiba-tiba budak itu berhenti di sebelahnya dan memerhatikan dia dengan penuh minat. Matanya yang besar dan bulat berwarna hitam membuatkan dia terpesona dengan kecomelannya.
"Alangkah baiknya jikalau aku sudah mempunyai anak." bisik hatinya. Fikirannya terganggu seketika memikirkan sahabat-sahabatnya ramai yang sudah berumahtangga. Dia berasa cemburu dengan mereka. Walaupun dia mempunyai wajah yang agak cantik berbanding sahabatnya yang lain, di dalam hatinya tertanya-tanya kenapa bukan dia yang berkahwin dahulu.
"Cik, ini pesanannya. Terima kasih. Sila datang kembali." Dia dikejutkan oleh petugas kaunter. Semua pesanannya sudah lengkap. Dia tersenyum sambil membawa makanannya pergi.
"Ah,sudahlah. Jodoh di tangan tuhan. Tak kan kemana-mana jodoh aku itu." Dia menyedapkan hati sendiri. Lagipun umurnya yang masih muda membuatkan dia tidak begitu memikirkan soal jodoh. Yang penting sekarang ialah menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menghabiskan pengajian dan mendapatkan pekerjaan untuk membantu keluarganya.
"Alamak, terlupa nak tempah tempat duduk!" Dia melihat sekeliling namun tiada tempat duduk yang kosong. Dia menjadi resah dan gelisah. KFC yang dia pergi bukannya kecil namun begitu dia terlupa mengambil kira bahawa hari ini hari cuti umum. Tempat itu dipenuhi orang.
Sedang dia sibuk mencari tempat duduk, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Habis tumpah semua makanannya di lantai dan dia terjatuh. "Kenapa lah malang sangat nasib aku hari ini." jerit hati kecilnya. Dia melihat sahaja makannya yang sudah mencecah lantai. Perasaan malu juga semakin menebal di hatinya.
"Awak tak apa-apa?" Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sebuah suara. Rupa-rupanya orang yang dilanggarnya adalah seorang lelaki. Dari paras rupanya, lelaki itu tidaklah sekacak mana. Berbadan sederhana dan tinggi juga sederhana, dia berfikir kenapalah dia berlanggar dengan lelaki itu.
Lelaki itu menarik aku bangun dengan menyentuh lengan bajuku. "Awak seorang sahaja?" Kalau seorang, awak duduklah dulu di tempat duduk saya dahulu. Nanti saya ganti makanan awak," pelawa lelaki itu.
"Ah, tak kan ada buruknya menerima tawaran itu. Lagipun tak kan nak beli lagi kot KFC. Malu la." dia berbisik di dalam hatinya. Perutnya berbunyi tanda menyetujui tindakannya.
"Snack plate dengan cheesy wedges, air coke, saiz besar tau!" Dia mengulang pesanan lamanya. Dia sendiri berasa pelik bagaimana dia seolah-olah tebal muka untuk menerima pelawaannya.
"Ah, bukan selalu kena belanja KFC camni." Fikirnya untuk menyedapkan hati.
Dia segera ke tempat duduk yang ditunjuk lelaki itu sebentar tadi. Ternyata lelaki itu datang seorang diri. Mejanya terletak sebuah beg galas berwarna hitam. Dia duduk di tempat yang bertentangan dengan kaunter itu. Sambil menunggu, dia memerhati lelaki itu. "Hmm, rupa, 6/10. Gentleman, 8/10. Yang lain tak tahu lagi. Not bad la. "
Dia masih berstatus single. Di dalam hatinya, masih sukar untuknya menerima seorang lelaki. Pelbagai pengalaman lalu yang menimpanya membuatkan dia menutup hatinya untuk kehadiran seorang lelaki. Namun begitu, dia sedar dia tidak boleh terus hidup dalam keadaan begitu. Mungkin suatu hari dia akan berjumpa seorang lelaki yang baik dan boleh mengubati luka di hatinya. Dalam tidak sedar dia mengelamun jauh sehingga tidak perasan bahawa lelaki itu sudah kembali bersama dengan pesanannya.
"Maaf pasal tadi. Saya tak sedar awak lalu." Dia meminta maaf kepada lelaki itu. Dia sedar bahawa itu semua salahnya kerana tidak menumpukan ke arah dia berjalan.
"Oh, takde papelah. Awak pun tak ada pape kan? So everything is fine. Makanlah." Lelaki itu mempelawanya makan. "By the way, nama saya Izwan." Lelaki itu memperkenalkan diri sambil tersenyum.
"Saya Nurul. Awak pun makanlah sekali. Seganlah kalau saya makan seorang."
Siapa sangka sebuah pertemuan kecil sebegitu telah mengubah hidupnya. Lelaki itu telah membuatkan hidupnya bahagia dan membuatkannya berasa istimewa sepanjang masa. Dia juga tidak menyangka masih ada lelaki seperti itu yang tinggal pada zaman sekarang.
"JANTAN TAK GUNA!" Dia masih ingat ayat yang keluar dari mulutnya sewaktu mengakhiri hubungan terakhirnya. Namun segalanya berubah. Masa mengubah segala-galanya.
Dia kini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Hidupnya juga serba mencukupi walaupun tidak begitu mewah. Dia bersyukur atas segala-galanya.
"Family bucket satu, air coca-cola 3, cheesy wedges 2." Dia memesan makanan di kaunter. Sambil itu dia melihat ke arah anak dan suaminya yang berada di meja tidak jauh darinya. Setiap ulang tahun perkahwinannya dia akan ke KFC bersama-sama suami dan anaknya. Dia berasa bangga KFC merupakan makanan kesukaannya. Dia berasa bangga digelar si gadis KFC.
P/S: Cerita ini hanyalah sebuah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jikalau merasa kandungan cerita ini mengandungi isu sensitif dan offensive, sila lah berhubung dengan penulis :). Terima kasih kerana telah membaca!