Wednesday, September 25, 2013

KOPI LIKE A BOSS!

     Budaya minum kopi (mengopi) sudah menjadi kelaziman di dalam masyarakat sekarang terutamanya dalam golongan pekerja pejabat dan para pelajar. Selain itu, kopi juga menjadi perancak perbualan yang kadangkala diselangi dengan rokok. Oleh itu, tidak hairanlah kedai kopi selalu menjadi tumpuan untuk melepak dan berborak bersama rakan-rakan. 

Penemuan
Kopi dikatakan ditemui oleh seorang pengembala kambing dari Ethiopia pada tahun 800 SM secara tidak sengaja apabila kambingnya didapati bersemangat dan tidak dapat tidur walaupun matahari telah terbenam setelah memakan sejenis buah beri. Si pengembala ini pun cuba memasak dan memakan buah beri tersebut dan ternyata memiliki efek yang sama seperti kambing tadi. Sejak itu, kopi digunakan secara meluas di daerah itu dan kemudian ke seluruh dunia.
Dalam sejarah Islam, kopi dikatakan ditemui oleh Imam Abul Hassan Aliy Asy-Syadziliy dan dipopularkan oleh Imam Abu Bakr al-Idrus.

Khasiat
Tentu anda pernah mendengar bahawa budaya meminum kopi ini tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan bukan? Salah. Kopi hanya boleh membawa mudarat jika anda mengkonsumsi secara berlebihan. Malahan, kopi adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W selepas madu dan susu (dipetik dari beberapa sumber namun harus belum disahkan kesahihannya). Berikut adalah beberapa kebaikan dan khasiat kopi :

1. Menghilangkan rasa ngantuk.
Kopi mengandungi kafein yang boleh menimbulkan efek stimulan seperti berjaga, bertambah tumpuan, meningkatkan ketahanan, peningkatan motivasi dan produktiviti, peningkatan tekanan darah dan denyut jantung, serta menghilangkan persepsi rasa mengantuk dan lapar.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Selain mengandungi kafein, kopi juga didapati mengandungi bahan anti oksida yang boleh menghalang terjadinya bahan radikal bebas di dalam tubuh seterusnya menghalang terjadinya pembentukan sel kanser.

3. Mencegah penyakit.
Menurut beberapa penyelidikan, kopi didapati dapat mengurangkan risiko terjadinya sakit seperti Alzheimer (nyanyuk pada orang tua), dementia (penurunan kognitif dan fungsi otak), Parkinson, penyakit jantung, diabetes jenis-2, penyakit hati, dan gout.

4. Mengurangkan depresi.
Tindakan bahan kimia yang terdapat di dalam kopi dalam sistem saraf dapat mengurangkan rasa depresi pada peminum kopi jika dibandingkan dengan orang yang tidak meminum kopi.


Dampak Buruk Kopi
Berikut merupakan kesan jika meminum kopi secara berlebihan:

1.Ketagihan
Kafein boleh menyebabkan ketagihan. Hasilnya, akan ada efek tolak-balik (withdrawal effect) jika pengguna yang ketagihan tidak mengambil kopi dalam jumlah tertentu. Withdrawal effect adalah seperti pening kepala berlebihan, cemas, depresi, kurang cergas, dan lesu.

2. Menyebabkan anemia.
Kopi mengandungi polyphenol yang mana dapat mengganggu penyerapan zat besi di dalam badan. Oleh itu, kopi tidak digalakkan bagi perempuan yang sedang sarat mengandung.

Jenis Kopi Yang Terdapat di Pasaran

Pada umumnya, jenis kopi dikelaskan melalui cara penyajiannya.

1. Espresso









Menggunakan mesin brewing yang khusus, bijih kopi diletakkan didalam bekas, kemudian dialirkan air pada tekanan tinggi. Ekstrak kopi akan mengalir melalui lubang-lubang kecil di bawah mesin dan dituangkan ke dalam cawan untuk disajikan. (press=tekan)

2. Cappucino










Merupakan jenis kopi yang paling popular dan paling susah untuk dihidangkan secara betul. Mengandungi espresso, susu dan foam yang dicampur mengikut turutan.

3. Macchiato









Espresso yang ditambah sedikit susu yang tidak diaduk. Kadangkala diletakkan foam di atas susu.

4. Caffe Latte









Mempunyai kandungan yang sama seperti cappucino namun mengandungi komposisi susu yang lebih banyak. Sangat popular di Amerika Syarikat.

5. Long Black










Air panas diletakkan dahulu sebelum espresso menjadi 'espresso cair' (diletakkan secara berurutan air panas > espresso bagi mengekalkan rasa espresso)

  Inilah sedikit sebanyak perihal-perihal dan fakta-fakta berkenaan kopi. Mitos kopi mendatangkan keburukan ini disebarkan oleh para yahudi kerana tidak mahu orang Islam mengamalkan makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana memang sudah dibuktikan oleh sains bahawa makanan/minuman ini mendatangkan kebaikan (mereka menyembunyikan khasiat dan menyebarkan kesan buruk sahaja) Sebaliknya, mereka sendiri yang mengamalkan makanan ini. Oleh itu, diharap janganlah percaya 100% terhadap data-data sains dan berpeganglah kepada sunnah dan Al-Quran.



               


Sunday, September 22, 2013

Stuck In Love

Semalam aku tengok la citer ni. Tajuknya 'Stuck in love'. Wow,speechless. Well, citer ni pasal kehidupan seorang writer yang dah berpisah dengan isteri dia. Tapi dia still cinta lagi dengan bekas isteri dia sampai dia setiap hari stalk kehidupan baru bekas isteri dia. Dia ni ada 2 orang anak, satu laki satu ppuan. Kedua-dua anak dia ni sangat berbakat dalam bidang penulisan sebab da dilatih dari kecik oleh bapak dia. Anak dia yang sulung tu perempuan dan sikap dia tak mempercayai cinta. Bagi dia, laki nak seks jek dan cukupla kalau dia dapat seks dan tak lebih dari tu. Maknanya dia x nk sebarang emosi terlibat dalam hubungan tu. Yang anak lelaki dia lak suka kat sorg ppuan dalam kelas english dia. Hot la ppuan tu tapi da de bf da ngan sorg douche bag.

Cerita ni jdk menarik sbb suatu time thanksgiving, anaknye yg ppuan (Lily Collin yang hot) ni umumkan novel dia da kne publish. Bayangkan la umur 19 tahun da ada novel kne publish atas nama sendiri. Part ni mmbuatkan mak dia terkilan sebab dia x dapat share kegembiraan tu. Critenye, ank dia tu benci sangat kt dia sampai da setahun x bercakap. Yang anak lelaki dia lak ok jek and stiap thanksgiving dia still pergi rumah mak dia lepas thanksgiving kat rumah sendiri. 

Yang cool nye, ade sorang laki dalam kelas yang sama ngan lily collin tu flirt ngan dia walaupun dia x percaya kat cinta. Taula susah cm haram sebab lily collin ni mmg deny habis-habisla perasaan tu. Tp last-last dapat la gak (cutenye cite :D) . Anak laki dia lak lepas kene suruh confess kt ppuan yg dia suka tu last-last couple la sebab dia selamatkn perempuan tu dari bf dia yang douche bag. (happy ending?? tengok sampai abis dlu).

Anyway, apa yang inspiring dari citer ni bagi aku adalah macam mana kehidupan seorang writer tu sndiri. Banyak tips dia bagi contohnya 'imaginasi seorang writer tu datang dari pengalaman sendiri, makin banyak pengalaman, makin kaya lah imaginasi dia dalam menulis cerita'. Sebab tu bapak dia suh anak dia just put perasaan tu on the line so that dia dpt pengalaman baru either kena reject cinta dia or kena accept (worth it kan) .Dan lain tu cam story yang ditulis tu x boleh kena paksa. Idea akan datang mengalir sendiri baru bole tulis novel yang berkualiti (make sense la kan sebab ssuatu yang kena paksa kualiti is less than yang datang dari hati yang ikhlas).

Yg sweetnya dari novel ni, laki ni setia menunggu bekas isterinya untuk rujuk balik dan x move on sampai tiga tahun (walaupun ada fuck buddy) sebab percaya bekas isterinya akan balik suatu masa nanti. Yang bekas isterinya lak walau da berpisah and ada life baru, still confuse dengan pilihan hidup dia and dalam hati still sayang kat bekas suami dia (dengan tanda dia still baca buku yg husband dia tulis). 

Well, tu jek review tuk cerita ni. Very recommended untuk tengok cerita ni. Leh download kat torrent dari website torrent yify (just google 'stuck in love yify torrent' kmfem kuar) kualiti BRip (blue ray rip meaning kualti sangat tinggi). 8/10 indeed :).