Sunday, October 6, 2013

Tidur adalah suatu nikmat.

     Masalah tidur merupakan masalah kesihatan yang sering dialami oleh semua golongan pelajar dan pekerja, tidak mengira usia dan jantina. Hal ini mungkin diakibatkan oleh giliran kerja tidak menentu, jumlah kerja yang banyak, tiada pengurusan waktu yang tepat dan teratur serta gaya hidup yang lebih menghadkan waktu bersosial pada malam hari terutama bagi mereka yang bekerja di siang hari.
     Saya sebagai seorang mahasiswa juga seringkali mengalami masalah ini. Saya sukar untuk tidur di waktu malam. Jam biologi saya berubah sama sekali. Pada waktu siang, saya seringkali rasa mengantuk dan kurang tumpuan untuk melakukan sesuatu sehingga waktu siang saya menjadi tidak produktif.
     Sebaliknya pada waktu malam, saya merasa sangat segar dan cerdas. Oleh sebab ini saya lebih suka memulakan sesuatu aktiviti di malam hari seperti menulis, belajar dan membuat kerja sekolah. Tidur saya tidak menentu. Saya sering tidur sekitar pukul 4-5 pagi dan bangun sekitar pukul 11-12 tengah hari (GMT +7). Pada waktu kelas, saya terpaksa bangun pada pukul 7 atau 8, menyebabkan waktu tidur saya cuma hanya beberapa jam sahaja. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mempelajari sedikit sebanyak berkenaan tidur dan cuba untuk menetap ulang waktu tidur saya.

Tidur yang normal.
Tidur terbahagi kepada dua iaitu NREM (non-rapid eye movement) dan REM (rapid eye movement). Tidur NREM dibahagikan lagi menjadi tiga iaitu peringkat N1, peringkat N2 dan peringkat N3. Semua komponen tidur ini sangat penting dan mempunyai fungsi tersendiri. 
1. Peringkat N1 (fasa mengantuk)
Merupakan peringkat di mana anda mulai untuk tidur.Peringkat N1 sangat singkat dan mengambil masa sekitar 4-5% waktu tidur anda. Pada peringkat ini: 
  • otot anda berada dalam keadaan rehat, suhu anda sedikit menurun, dan mata anda biasanya bergerak dari samping ke samping. 
  • Anda yang tadi berada di dalam keadaan jaga mulai masuk ke fasa tidur ringan.
  • Anda mulai tidak sedar akan keadaan sekeliling tetapi sangat mudah dikejutkan.
2. Peringkat N2 (fasa tidur ringan)
Merupakan fasa paling panjang dalam tidur anda dan mengambil masa kira-kira 45-55% waktu tidur anda. Pada fasa ini :
  • Mata anda tidak bergerak, jantung berdegup lebih lambat dan nafas anda mulai lebih perlahan daripada keadaan jaga.
  • Aktiviti elektrik otak anda berada dalam keadaan tidak teratur. 
  • Dalam bacaan EEG, terdapat gelombang yang dikenali sebagai K-complex di mana anda masih boleh dikejutkan jika diberi stimuli dari dalam ataupun luar, atau diprovokasi oleh bunyi-bunyi tertentu. Gelombang ini timbul apabila nama anda atau seseorang dibisikkan ke telinga anda sewaktu fasa ini.
3.Peringkat N3 (fasa tidur berat/dalam)
Pada fasa ini, otak anda akan menjadi kurang bertindak balas dengan stimuli dari luar menyebabkan anda menjadi sangat sukar untuk dikejutkan. Fungsi badan diperbaiki dan dipulihkan dalam fasa ini. Selain itu:
  • Aktiviti pernafasan menjadi semakin teratur. Tekanan darah dan frekuensi denyut nadi menurun sebanyak 20% -30% daripada kadar sewaktu berjaga.
  • Pengaliran darah ke otak menurun.
  • Pada permulaan fasa ini, kelenjar pituitary (yang terletak pada otak) mengeluarkan hormon pembesaran (growth hormone) yang merangsang pertumbuhan tisu-tisu dan sel badan serta memulihkan sel-sel otot.
  • Sel-sel pertahanan badan anda meningkat sekaligus membantu pertahanan badan melawan penyakit.
Peringkat ini mengambil masa kira-kira 20% dari keseluruhan waktu tidur anda. Pada orang yang berusia 65 tahun ke atas, mereka tidak akan mengalami fasa ini. Orang yang kekurangan tidur akan mengalami peringkat N1 dan N2 lebih singkat dan peringkat N3 yang lebih lama. Hal ini menunjukkan fasa ini sangat penting untuk mengembalikan sistem fisikal tubuh yang normal.

4. Tidur REM (fasa bermimpi)
Fasa ini digambarkan sebagai 'otak yang aktif berada di dalam badan yang lumpuh (tidak bergerak)' akan berlaku pada fasa ini. Apa yang berlaku adalah :
  • Bebola anda bergerak dengan laju di belakang kelopak mata yang tertutup. Otak anda rancak berfikir dan bermimpi.
  • Suhu badan akan naik. Tekanan darah juga turut naik. Denyut nada dan pernafasan meningkat seperti saat berjaga.
  • Sistem saraf sympathetic (sistem yang mengawal sistem badan dalam keadaan flight-or-fight) dua kali lebih aktif berbanding saat waktu berjaga yang normal. Walaupun begitu, badan langsung tidak bergerak melainkan sedikit sentakan dari otot yang tidak digunakan di dalam pernafasan.
Fasa ini mengambil masa sebanyak 20-25% dari keseluruhan waktu tidur dan berlaku sehingga 4-5 kali dalam satu waktu tidur. Fasa REM pertama mungkin mengambil masa beberapa minit tetapi menjadi semakin lama dalam episod seterusnya, fasa terakhir boleh berakhir selama setengah jam.

Kitaran tidur di dalam satu waktu tidur pada seorang dewasa yang sihat.
Kepentingan mendapat tidur yang cukup.
Menurut kajian, orang yang tidur kurang daripada 6 jam pada satu malam memiliki 70% lebih tinggi kadar kematian berbanding dengan orang yang mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam semalam. Hal ini berlaku ke atas lelaki dan perempuan, kebanyakan etnik dan ras serta masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kesihatan. Orang yang terpaksa bekerja pada waktu malam lebih berisiko untuk sakit, antaranya sakit jantung dan sakit gastrointestinal jika dibandingkan dengan orang yang bekerja pada waktu pejabat.

1. Kekurangan tidur boleh menurunkan sistem imun di dalam badan.
Semasa tidur pada waktu malam, sistem hormonal badan yang diatur oleh suprachiasmatic nuclei (organ hormonal yang bertanggungjawab menentukan irama circadian dan jam biologi di dalam tubuh) mengaktifkan dua sistem tekanan (stress) : hypothalamus-pituitary-adrenal (HPA) axis dan juga sistem saraf sympathetik. Sistem ini memproduksi hormon yang secara langsung menyebabkan kenaikan pro-inflammatory cytokines seterusnya meningkatkan sistem imun di dalam tubuh. Sistem ini hanya akan diaktifkan pada fasa awal tidur peringkat ketiga NREM (fasa tidur berat di mana gelombang otak adalah perlahan). Kekurangan sistem imun boleh menyebabkan badan tidak mampu melawan penyakit yang menyerang badan.

2. Boleh menjejaskan kemampuan untuk membuat keputusan dan berfikir.
Tidur yang tidak cukup pada waktu malam boleh menurunkan kadar metabolisma pada bahagian pre-frontal dan kawasan parietal association otak. Bahagian ini memainkan peranan sangat penting dalam melakukan pertimbangan, mengawal keinginan, perhatian dan juga persatuan fungsi penglihatan. Kekurangan metabolisma pada kawasan ini berbanding dengan kawasan primer penerimaan deria dan pergerakan menyebabkan peranan otak ini terjejas. Oleh itu, anda sangat tidak digalakkan untuk berjaga sebelum peperiksaan kerana ini dapat menjejaskan lagi kemampuan anda untuk menjawab soalan peperiksaan.

3. Menyebabkan rasa lesu dan letih sepanjang hari.
Seperti yang diterangkan pada bahagian tidur yang normal di atas, fungsi optimal badan akan dipulihkan dan diperbaiki jika seseorang itu dapat melalui fasa tidur berat (peringkat 3 tidur NREM). Kekurangan tidur pada fasa ini menyebabkan tidur itu tidak dapat menghilangkan penat, sebaliknya seseorang itu terus berasa lesu dan penat selagi tidak mendapatkan tidur yang cukup.

4. Menjadikan seseorang berasa cepat terasa, mudah marah, lebih emosi dan mungkin akan mengalami gejala halusinasi dan gangguan persepsi yang sedang.

5. Ingatan menjadi lemah dan pembelajaran akan terjejas.
Pada peringkat tidur REM, darah mengalir lebih banyak ke bahagian thalamus, pusat persatuan visual primer, pusat pergerakan (motoric) dan juga korteks deria. Hal ini mengakibatkan apa-apa yang anda cuba pelajari dan hafal pada hari itu akan disatukan dengan kejadian-kejadian yang bermakna menyebabkan ingatan ini akan kekal lebih lama. Oleh itu, tidur REM ini adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan minda serta membantu proses pembelajaran dan penguatan memori.


Tips untuk membantu tidur.

Berikut adalah beberapa cara untuk membantu seseorang untuk tidur.
1. Terapi rangsangan terkawal (stimulus-control therapy) (Bootzin&Perlis,1992).
  • Masuk bilik hanya apabila rasa mengantuk.
  • Gunakan bilik hanya untuk tidur dan seks, tidak untuk membaca, bekerja, menonton televisyen, dan makan.
  • Keluar dari bilik dan pergi ke bilik yang lain selama 15-20 minit jika tidak dapat tidur. Jangan pulang ke bilik selagi tidak rasa mengantuk.
  • Bangun dari tempat tidur pada masa yang sama setiap pagi.
  • Jangan tidur siang.
2. Tips umum:
  • Elakkan mengkonsumsi kafein dan alkohol. Elakkan daripada memakan makanan menu berat sebelum tidur supaya perut tidak sakit dan terganggu. Minum air yang cukup tetapi tidak berlebihan.
  • Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan selesa. Kurangkan bunyi bising. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas.(Biasanya orang akan tidur pada suhu 18 °C).
  • Jangan menonton televisyen atau bermain komputer sebelum tidur. Rehatkan fikiran. Jika perlu, dengar muzik atau mendengar bahan bacaan audio. Jangan gunakan alat-alat yang mempunyai pencahayaan sendiri. Gunakan lampu meja yang ber-voltage  rendah. Matikan lampu bilik sebelum tidur kerana semakin gelap, semakin mudah untuk tidur.
  • Biarkan jam biologi tubuh bekerja. Selepas bangun tidur, biarkan cahaya matahari masuk. Habiskan waktu sehari diluar. Bekerja dengan cahaya semula jadi pada waktu siang dengan membuka langsir dan jendela.
  • Jangan tidur pada waktu siang jika tidur itu boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

Beberapa Fakta tentang tidur :
  • Rekod untuk masa paling lama tidak tidur ialah 18 hari, 21 jam dan 40 minit. 
  • Kita susah untuk mengingat kembali mimpi dan mimpi itu kadangkala tidak masuk akal. Hal ini kerana pada masa itu kawasan pada bahagian prefrontal otak kurang bekerja berikutan aliran darah pada bahagian ini kurang.
  • Mimpi bukan hanya terjadi pada tidur REM tetapi boleh terjadi pada keseluruhan waktu tidur.
  • Gajah tidur berdiri pada fasa tidur NREM dan tidur berbaring pada fasa tidur REM.
  • Salah satu prediksi terbaik untuk seseorang yang mengalami insomnia (gangguan tidur yang berkurangan) ialah tidur yang terganggu pada waktu kecilnya.
  • Separuh otak itk aktif pada waktu ia tidur untuk mengelakkan diserang binatang pemangsa.
  • Dengkuran terjadi hanya pada tidur NREM.
  • Pakar mendapati bahawa punca utama terjadinya gangguan tidur ialah akses 24 jam ke internet.

Sumber rujukan :
1. Susan Nolen-Hoeksama,Abnormal Psychology 4th edition.
2.http://emedicine.medscape.com/article/1188226-overview#a30, Normal Sleep, Sleep Physiology and Sleep Deprivation.
4.http://www.mayoclinic.com/health/sleep/HQ01387, How to Sleep Better :Tips for Getting a Good Night's Sleep.

Wednesday, October 2, 2013

Story About A Girl.

         I've never met a girl like her, so beautiful even an angel will bow down to her beauty. I always dream of being with her but such luxury I cannot afford, for I only a peasant of a feeling called love, which I need to pay dearly just to feel its warmth. Her smile so endearing it can melt my ice-cold heart, her voice so heavenly that it would calm a crying baby. Whenever she looked at me, i felt like my soul being ripped apart from my body but then revived again by the grace of god, as if I have looked something forbiddingly majestic and blissful.

         It was last year i met her, sitting in a corner with my friends talking and chatting. We are at a feast made by my classmates to celebrate a holy day which we will celebrate once a year, just like christmas but for muslim. I remember that night, i watched her across the room, but too afraid to talk to her. My mouth shut tightly, my heart would stop and my breath felt heavier just thinking of talking to her. I kept my distance close enough to see her but far enough to raise suspicion. I took a moment to have a quick look upon her when I saw her beauty so mesmerising and captivating that I can't take my eyes off her. It was for this moment I praise to god who gave the blessing of seeing, and seeing her is the greatest gift I ever had. 

          Day by day passes by, as I waited for a chance to meet her again for I kept thinking about her all the time. My lonely heart was screaming and shouting to me to fill the void left by my past life and stitch the wound that still bled. Finally, the chance came and I knew i am not going to let it wasted. It was that evening something bad happen, something life-changing which I afraid may alter her perspective toward me. She never really knew me and spoke to me but for me, to love and admire her secretly is already delightful and enough, why would I change that? Turning the neutrality into hatred would be the last thing I want.

           I know I have to fix this. I know I can. I have made a mistake so I got to take the responsibility. At first, I scared to death knowing that something bad will happen to her and she might hate me for the rest of her life so I prayed and prayed so that nothing bad will ever happen to her. And then, I saw a glimpse of hope as she started to recover. She glad that I am on her side, taking care of her and accompany her when she was ill. 

           Every time we were together, we laughed at each other jokes, we shared stories, we talked about our day, and we even shared our pain and sorrow. It felt like we complement each other perfectly, but everytime i think about it, I feel that there is a wall, so thick and tall which prevent us from getting together, the wall that I cannot breach, not with my current state. The wall is getting wider and wider, setting a great distance between us, so far that even her voice cannot reach me. Only the memory of us, the ghost of her reside in my head, which I intend to keep if ever the wall crumble down and we will be reunited again as we are supposed to be.

           And now, I can only wait while I build and muster my strength so that one day, I am strong enough to be able to wreck those wall down, and let her into my life again. All I want is to see her laugh, her smile, listen to her stories and her jokes again and by that time, I won't let her slip away, not ever, forever again.

P/S : This is only fiction, not related to anyone either the living or the dead. Just enjoy as it is intended to be :). Have a good day.

Monday, September 30, 2013

Mengapa Permainan Video Boleh Menyebabkan Ketagihan?

Sebagai seorang gamers, saya sudah seringkali mendengar orang lain menasihati supaya "get a life" semasa sedang bermain game. Pada hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa game atau permainan video ini sudah menjadi sebahagian hidup kita. Malah, terdapat ramai pemain video games yang menjadikan permainan video games ini sebagai punca pendapatan mereka. Sebagai contoh, Daniel 'Dendi' Ishutin yang merupakan pemain Dota 2 professional dari kumpulan Na'vi berjaya mengumpulkan sebanyak $406,274.28 daripada pertandingan-pertandingan yang disertai serta penaja, menjadikan beliau sebagai orang ketiga tertinggi mendapat penghasilan dengan bermain game. Di Korea, negara yang menghasilkan paling ramai gamers yang berjaya, kerajaan mereka sendiri mendanai pertandingan games seperti Starcraft dan Dota 2 supaya dapat menghasilkan lebih ramai pemain-pemain professional yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Jadi, tidak dapat disangkal lagi bahawa lambat laun, industri permainan video dan sukan elektronik akan menjadi suatu industri besar dan mungkin dapat bersaing dengan sukan-sukan yang sedia ada.

Daniel 'Dendi' Ishutin dari Ukraine, pemain Dota 2 professional.

Apakah yang membuatkan permainan video begitu menarik sehingga boleh menyebabkan ketagihan?

Di dalam otak, terdapat bahan kimia yang dikenali sebagai 'dopamine' sejenis pengantara antara saraf-saraf (neurotransmitter). Dopamine bertindak di dalam mesolimbic pathway sebagai pengaktivasi sistem yang terletak di nucleus accumbens yang mengawal tingkat motivasi dan keseronokan. Ingin tahu apakah punca kenapa cinta pada awalnya begitu dalam dan kuat tetapi lambat-laun berkurangan? Si dopamine inilah puncanya. Konsentrasi yang tinggi pada awalnya meningkatkan kuatnya perasaan itu sehingga boleh menyebabkan 'mabuk cinta' namun jika perasaan itu tidak dipupuk, kadar dopamine akan berkurangan sehingga perasaan cinta itu hilang.
                                                                                                                                                                 
Dalam proses terjadinya ketagihan, menurut kajian seorang ahli psikologi Abraham Maslow, terdapat empat kekurangan keperluan psikologi, atau dalam singkatan keperluan-D (D-needs), 1. Fisiologi- air,makanan,udara,tempat tinggal etc, 2. Keselamatan/Pengaruh, 3.Penerimaan/persetujuan/perhatian masyarakat umum, dan 4. Kepercayaan diri/pangkat/status. Keperluan ini sentiasa ingin dipenuhi sehingga boleh menyebabkan ketagihan psikologi (psychological adddiction) yang dipengaruhi oleh dopamine. Hal ini juga dikenali sebagai ketagihan dopamine.

Dalam konteks permainan video, sebagai contoh Dota 2, di mana pemain mengawal salah satu daripada 102 heroes untuk memusnahkan 'Artifak Purba' (Ancient) musuh di dalam perlawanan lima lawan lima, setiap pembunuhan hero musuh dapat memberi kepuasan dan keseronokan tertentu, apatah lagi jika dapat membantu rakan-rakan seperjuangan untuk memenangi perlawanan. Kepuasan dan keseronokan (yang juga dapat memenuhi keperluan-D ke-3 dan ke-4) ini dapat memicu ketagihan psikologi yang menyebabkan pemain Dota 2 sanggup menghabiskan masa sangat lama untuk bermain game ini.

Heroes di dalam Dota 2.
Dunia Dota 2 yang menakjubkan dan mencemaskan.

Adakah ketagihan ini sesuatu yang buruk?

Dalam sebuah kajian sistematik semula oleh Primack et al di dalam American Journal of Preventive Medicine, June 2012 mendapati bahawa penggunaan permainan video secara klinis meningkatkan :
  • 69%  hasil terapi psikologi
  • 59%  hasil terapi fisikal
  • 50%  hasil fisikal
  • 46%  kemahiran doktor
  • 42% hasil pendidikan kesihatan
  • 42% hasil gangguan kesakitan
  • 37% hasil penyakit pengurusan diri
Namun begitu, terdapat kes-kes kematian yang berpunca daripada ketagihan permainan video. Antaranya adalah :
  1. Pada tahun 2007 di China, Xu Yan dijumpai mati akibat bermain terlalu kerap selama dua minggu. Pada tahun yang sama, seorang lelaki berusia 30 tahun mati akibat bermain tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.
  2. Pada tahun 2005, seorang lelaki berbangsa Korea mati akibat bermain permainan Starcraft selama 50 jam tanpa henti. Pada tahun 2009, seorang bayi berusia 3 bulan mati akibat kekurangan nutrisi berpunca daripada kelalaian ibu bapanya. Ironinya, ibu bapanya sibuk bermain permainan membesarkan anak secara virtual!
  3. Pada 20 September 2013, seorang pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat dijumpai mati di sekolahnya dipercayai akibat penat yang keterlaluan berpunca daripada bermain permainan video terlalu kerap sehingga mengabaikan rehat serta makan dan minum.
Kesimpulannya, permainan video yang terkawal dan tidak terlalu kerap boleh mengurangkan tekanan dan kemurungan sehingga boleh meningkatkan kualiti hidup. Sebaliknya, bermain secara terlalu kerap telah terbukti membahayakan kesihatan yang mungkin diakibatkan pengabaian waktu rehat, makan dan minum.

Beberapa fakta menarik tentang permainan video:
  • Umur purata pemain ialah 30 tahun.
  • Purata tahun seseorang pemain telah bermain permainan video ialah 13 tahun.
  • 68% daripada jumlah pemain adalah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • 62% pemain bermain bersama dengan pemain lain, sama ada secara langsung atau di dalam talian.
  • 36% pemain bermain permainan video di dalam 'smartphone' mereka.
  • 25% pemain menggunakan alatan tanpa wayar (eg:laptop,notebook,ipad etc) untuk bermain.
  • 71% ibu bapa percaya permainan video boleh membantu merangsang mental dan pendidikan anak-anak mereka.
  • 59% ibu bapa percaya mereka boleh menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga dan merapatkan lagi hubungan mereka dengan bermain permainan video.

Rujukan :
  1. http://dopamineproject.org/dopamine-addiction-da/
  2. Primack et al,2012, Role of Video Games in improving Health-Related Outcomes, 630-638,vol 42,issues 6, American Journal of Preventive Medicine.
  3. Essential Facts About The Computer and Video Game Industry, Entertainment Software Association,2013.
  4. http://www.esportsearnings.com/players

Sunday, September 29, 2013

Bittersweet 'A Perfect Match' Review

            Ever heard of Bittersweet, a rock indie band from Malaysia? Well, now you heard it. I just listen to their old album 'Perfect Match' (i'm slowpoke, i know), my first impression when listen to this album was "wow, is this band from Malaysia?" hence, inspired me to write a bit review about this album.


Bittersweet : Pijie (lead vocal), Herri (lead guitar,vocal),
Hafiez (second lead guitar,vocal), Dinie ( Bass,vocal), Emai (keyboard)

               Most of the songs written are revolved around teenager's life, be it love life, friendship, money, or even an inspiration to the teenagers. The songs is quite catchy and easy to digest, by easy to digest, i mean the lyric is not so deep but it is quite meaningful, really. For example, the intro of this album 'A Perfect Match' is about doubtful feeling one had, so he has to make up his mind and step forward, otherwise, he will be left behind by the flow of time or maybe by his friend who had already chasing their own dream. In a way, I feel like they wrote songs that my teenager's heart can capture, and also this song inspires me to push myself forward, go with my passion and embraces my miserable life.
               There are a few English rock band in Malaysia who manage to make quite a name in the music industry, such as Disagree, A.C.A.B, Love Me Butch etc, what make this band different with the other band is the music they brought is simple, yet captivating with the rock and roll music which is easy to enjoy. Their single 'Capital E', not just listened by Malaysian but also the neighbouring country, which I regard as the masterpiece of this rock band, is really a powerful song which can lift your spirit and make you feel high like you're on-the-ecstasy high.
               Despite the glorious review, the vocal however is not that good even though the pronunciation of the english word is quite good (problem for some Malaysian like me due to different mother-tongue language), which is the good side. The rhythm is somehow lack of creativity and obviously influenced by other rock band such as audioslave.(not been a hardcore rock fan either, my taste is more toward alternative rock, maybe i am a bit biased when reviewing it :)). Overall, it is a good album to have and definitely worthy to listen to. At the time when the rock genre is dying in Malaysia, such effort to promote the rock Indie band is vital and necessary. I give 3.5/5 rating to this album.

Cerita Seram

PANGGILAN DARI UMMI    

“Grroooooo”, perut Wahidah berbunyi tanda kelaparan. Dia tahu dia harus mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Namun, rasa malasnya menguasai diri.
“Ah, sekejap lagilah. Tak mati pun kalau tak makan”, fikirnya untuk menyedapkan hati.
             Wahidah berseorangan di rumah. Bapanya bekerja di luar negeri dan ibunya pulang lewat hari ini. Adik-adiknya yang lain berada di sekolah berasrama atau sedang belajar di universiti yang jauh dari rumah. Dia pulang ke rumah kerana sudah tamat belajar di sebuah institut pengajian tinggi di luar negara. Pada masa sekarang, dia menganggur di rumah sementara menunggu panggilan kerja.
           
            “Idah, kalau kau lapar nanti kau gorenglah ayam yang mak dah letak di dalam peti sejuk tu. Mak mungkin balik lambat hari ini. Kau tahulah macam mana kalau mak dah berjumpa dengan mak su kau tu. Lagi-lagi mak dah lama tak jumpa dengan dia.” Dia teringat pesan ibunya sebelum meninggalkannya siang tadi. Tetapi di dalam hatinya, dia berharap ibunya dapat pulang lebih awal dan membawa makanan untuknya.
                Bunyi perutnya kali kedua membuatkan dia menguatkan diri untuk turun ke dapur. Hal ini kerana Wahidah mempunyai sejarah sakit gastrik sejak kecil lagi. Jika makannya tidak teratur, sakit gastriknya datang dan apabila sakit, rasa sakitnya bukan main lagi sehingga dia pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital.
                “Gelapnya,” katanya perlahan sambil melangkah ke luar bilik. Biliknya berada di tingkat paling atas dan berada paling hujung koridor. Tambahan pula, ruang rumahnya yang besar menjadikan suasana bertambah sunyi. Wahidah menyalakan suis lampu sambil berjalan ke arah tangga.
                Tiba-tiba, dia terdengar seperti ada seseorang di dapur. Langkahnya terhenti. Kakinya menggigil. Bulu romanya tegak berdiri. Kata orang, jika bulu roma tegak berdiri, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mengingat hal itu, darahnya berderau. Hatinya tertanya-tanya siapakah yang berada di dapur itu?
                “Siapa di dapur?” Tanya Wahidah dengan lantang. Tiada jawapan.
                Wahidah masih tidak berani bergerak selangkah dari tempatnya berdiri. Jantungnya berdegup semakin laju. Dia bimbang jika ada perompak yang memecah masuk rumahnya. Fikirannya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif. Tangannya cuba mencapai telefon genggamnya di dalam kocek seluarnya. Wahidah segera mendail nombor ‘999’ tetapi belum ditekan butang ‘panggil’. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika perompak itu naik dan cuba melakukan sesuatu terhadapnya.
                “Ini Ummi. Turunlah sini kalau nak makan. Ummi tahu Idah lapar.” Sahutan suara ibunya dari dapur membuatkan Wahidah berasa lega. Tetapi dia masih hairan kenapa ibunya tidak membuka suis lampu rumah dan membiarkan rumah berada dalam keadaan gelap.
                “Ah, lantaklah. Aku dah lapar ni.” Hatinya berkata.
Baru sahaja mahu melangkah turun, tiba-tiba ada seseorang yang memegang bahunya. Dia terkejut. Rohnya bagaikan disentap. Dengan perlahan dia menoleh ke belakang. Wajahnya pucat apabila melihat bahawa ibunya yang memegangnya!
“Suara di dapur itu bukan suara Ummi, “bisik ibunya perlahan.
Wahidah berada di dalam ketakutan. Seumur hidupnya tidak pernah dia merasakan takut seperti ini. Jantungnya bagaikan disentap. Kakinya berasa lemah tetapi dia kuatkan juga untuk berdiri.
“Habis siapa di dapur?” Tanya Wahidah kepada Ummi.
“Dia cuba meniru suara Ummi tetapi dia bukanlah Ummi,” jawab ibunya perlahan.
             Wahidah masih berada di dalam kekeliruan. Dia sendiri tidak tahu yang mana ibunya sebenar dan yang mana harus dipercayainya.
             “Ummi pun seram ni. Jom kita tengok sama-sama siapa di dapur tu.” Cadangan ibunya itu membuatnya berasa sedikit lega. Dia bersama-sama ibunya pun melangkah turun ke dapur. Sewaktu berjalan turun, tiba-tiba dia mendapat sebuah panggilan. Wahidah terkejut dan jatuh pengsan sebelum menjawab panggilan itu. Telefonnya terus berdering. Di atas skrin telefonnya tertera panggilan yang berasal dari ‘Ummi’.



Wednesday, September 25, 2013

KOPI LIKE A BOSS!

     Budaya minum kopi (mengopi) sudah menjadi kelaziman di dalam masyarakat sekarang terutamanya dalam golongan pekerja pejabat dan para pelajar. Selain itu, kopi juga menjadi perancak perbualan yang kadangkala diselangi dengan rokok. Oleh itu, tidak hairanlah kedai kopi selalu menjadi tumpuan untuk melepak dan berborak bersama rakan-rakan. 

Penemuan
Kopi dikatakan ditemui oleh seorang pengembala kambing dari Ethiopia pada tahun 800 SM secara tidak sengaja apabila kambingnya didapati bersemangat dan tidak dapat tidur walaupun matahari telah terbenam setelah memakan sejenis buah beri. Si pengembala ini pun cuba memasak dan memakan buah beri tersebut dan ternyata memiliki efek yang sama seperti kambing tadi. Sejak itu, kopi digunakan secara meluas di daerah itu dan kemudian ke seluruh dunia.
Dalam sejarah Islam, kopi dikatakan ditemui oleh Imam Abul Hassan Aliy Asy-Syadziliy dan dipopularkan oleh Imam Abu Bakr al-Idrus.

Khasiat
Tentu anda pernah mendengar bahawa budaya meminum kopi ini tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan bukan? Salah. Kopi hanya boleh membawa mudarat jika anda mengkonsumsi secara berlebihan. Malahan, kopi adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W selepas madu dan susu (dipetik dari beberapa sumber namun harus belum disahkan kesahihannya). Berikut adalah beberapa kebaikan dan khasiat kopi :

1. Menghilangkan rasa ngantuk.
Kopi mengandungi kafein yang boleh menimbulkan efek stimulan seperti berjaga, bertambah tumpuan, meningkatkan ketahanan, peningkatan motivasi dan produktiviti, peningkatan tekanan darah dan denyut jantung, serta menghilangkan persepsi rasa mengantuk dan lapar.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Selain mengandungi kafein, kopi juga didapati mengandungi bahan anti oksida yang boleh menghalang terjadinya bahan radikal bebas di dalam tubuh seterusnya menghalang terjadinya pembentukan sel kanser.

3. Mencegah penyakit.
Menurut beberapa penyelidikan, kopi didapati dapat mengurangkan risiko terjadinya sakit seperti Alzheimer (nyanyuk pada orang tua), dementia (penurunan kognitif dan fungsi otak), Parkinson, penyakit jantung, diabetes jenis-2, penyakit hati, dan gout.

4. Mengurangkan depresi.
Tindakan bahan kimia yang terdapat di dalam kopi dalam sistem saraf dapat mengurangkan rasa depresi pada peminum kopi jika dibandingkan dengan orang yang tidak meminum kopi.


Dampak Buruk Kopi
Berikut merupakan kesan jika meminum kopi secara berlebihan:

1.Ketagihan
Kafein boleh menyebabkan ketagihan. Hasilnya, akan ada efek tolak-balik (withdrawal effect) jika pengguna yang ketagihan tidak mengambil kopi dalam jumlah tertentu. Withdrawal effect adalah seperti pening kepala berlebihan, cemas, depresi, kurang cergas, dan lesu.

2. Menyebabkan anemia.
Kopi mengandungi polyphenol yang mana dapat mengganggu penyerapan zat besi di dalam badan. Oleh itu, kopi tidak digalakkan bagi perempuan yang sedang sarat mengandung.

Jenis Kopi Yang Terdapat di Pasaran

Pada umumnya, jenis kopi dikelaskan melalui cara penyajiannya.

1. Espresso









Menggunakan mesin brewing yang khusus, bijih kopi diletakkan didalam bekas, kemudian dialirkan air pada tekanan tinggi. Ekstrak kopi akan mengalir melalui lubang-lubang kecil di bawah mesin dan dituangkan ke dalam cawan untuk disajikan. (press=tekan)

2. Cappucino










Merupakan jenis kopi yang paling popular dan paling susah untuk dihidangkan secara betul. Mengandungi espresso, susu dan foam yang dicampur mengikut turutan.

3. Macchiato









Espresso yang ditambah sedikit susu yang tidak diaduk. Kadangkala diletakkan foam di atas susu.

4. Caffe Latte









Mempunyai kandungan yang sama seperti cappucino namun mengandungi komposisi susu yang lebih banyak. Sangat popular di Amerika Syarikat.

5. Long Black










Air panas diletakkan dahulu sebelum espresso menjadi 'espresso cair' (diletakkan secara berurutan air panas > espresso bagi mengekalkan rasa espresso)

  Inilah sedikit sebanyak perihal-perihal dan fakta-fakta berkenaan kopi. Mitos kopi mendatangkan keburukan ini disebarkan oleh para yahudi kerana tidak mahu orang Islam mengamalkan makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana memang sudah dibuktikan oleh sains bahawa makanan/minuman ini mendatangkan kebaikan (mereka menyembunyikan khasiat dan menyebarkan kesan buruk sahaja) Sebaliknya, mereka sendiri yang mengamalkan makanan ini. Oleh itu, diharap janganlah percaya 100% terhadap data-data sains dan berpeganglah kepada sunnah dan Al-Quran.



               


Sunday, September 22, 2013

Stuck In Love

Semalam aku tengok la citer ni. Tajuknya 'Stuck in love'. Wow,speechless. Well, citer ni pasal kehidupan seorang writer yang dah berpisah dengan isteri dia. Tapi dia still cinta lagi dengan bekas isteri dia sampai dia setiap hari stalk kehidupan baru bekas isteri dia. Dia ni ada 2 orang anak, satu laki satu ppuan. Kedua-dua anak dia ni sangat berbakat dalam bidang penulisan sebab da dilatih dari kecik oleh bapak dia. Anak dia yang sulung tu perempuan dan sikap dia tak mempercayai cinta. Bagi dia, laki nak seks jek dan cukupla kalau dia dapat seks dan tak lebih dari tu. Maknanya dia x nk sebarang emosi terlibat dalam hubungan tu. Yang anak lelaki dia lak suka kat sorg ppuan dalam kelas english dia. Hot la ppuan tu tapi da de bf da ngan sorg douche bag.

Cerita ni jdk menarik sbb suatu time thanksgiving, anaknye yg ppuan (Lily Collin yang hot) ni umumkan novel dia da kne publish. Bayangkan la umur 19 tahun da ada novel kne publish atas nama sendiri. Part ni mmbuatkan mak dia terkilan sebab dia x dapat share kegembiraan tu. Critenye, ank dia tu benci sangat kt dia sampai da setahun x bercakap. Yang anak lelaki dia lak ok jek and stiap thanksgiving dia still pergi rumah mak dia lepas thanksgiving kat rumah sendiri. 

Yang cool nye, ade sorang laki dalam kelas yang sama ngan lily collin tu flirt ngan dia walaupun dia x percaya kat cinta. Taula susah cm haram sebab lily collin ni mmg deny habis-habisla perasaan tu. Tp last-last dapat la gak (cutenye cite :D) . Anak laki dia lak lepas kene suruh confess kt ppuan yg dia suka tu last-last couple la sebab dia selamatkn perempuan tu dari bf dia yang douche bag. (happy ending?? tengok sampai abis dlu).

Anyway, apa yang inspiring dari citer ni bagi aku adalah macam mana kehidupan seorang writer tu sndiri. Banyak tips dia bagi contohnya 'imaginasi seorang writer tu datang dari pengalaman sendiri, makin banyak pengalaman, makin kaya lah imaginasi dia dalam menulis cerita'. Sebab tu bapak dia suh anak dia just put perasaan tu on the line so that dia dpt pengalaman baru either kena reject cinta dia or kena accept (worth it kan) .Dan lain tu cam story yang ditulis tu x boleh kena paksa. Idea akan datang mengalir sendiri baru bole tulis novel yang berkualiti (make sense la kan sebab ssuatu yang kena paksa kualiti is less than yang datang dari hati yang ikhlas).

Yg sweetnya dari novel ni, laki ni setia menunggu bekas isterinya untuk rujuk balik dan x move on sampai tiga tahun (walaupun ada fuck buddy) sebab percaya bekas isterinya akan balik suatu masa nanti. Yang bekas isterinya lak walau da berpisah and ada life baru, still confuse dengan pilihan hidup dia and dalam hati still sayang kat bekas suami dia (dengan tanda dia still baca buku yg husband dia tulis). 

Well, tu jek review tuk cerita ni. Very recommended untuk tengok cerita ni. Leh download kat torrent dari website torrent yify (just google 'stuck in love yify torrent' kmfem kuar) kualiti BRip (blue ray rip meaning kualti sangat tinggi). 8/10 indeed :).





Thursday, June 13, 2013

Photoshop gallore!

   I just learned a few tricks of using photoshop and it is amazing to know what you can do with it! Editing pictures like a boss and make a teasing picture of your friend in the body of dota 2 hero, well, photoshop is the software you'll need. 
   Here are a few of my artworks. It is amateur work but i put a lot of effort in it so do comment :3

Pedo and the eerie house background.

My masterpiece so far "Dota 2 vs Monster Hunter Portable 3rd".

Abu as Antimage Dota 2.

Saturday, June 8, 2013

Long Time No See!

   Wow, da lama x bukak blog sendiri. Tak rajin lak tu nk update. Hahaha. Banyak sangat hal yang kena settle sampai terlupa langsung kewujudan blog ni. Nevermind. Saja jek buang masa menulis kat blog ni. Sebab tau xde sape yg nak baca :) Well, minggu depan ada OSCE remed. Kena lulus kali ni. Kalau x, x layak nk jadik doktor. Bukan susah pun kan. Cuma kena nampak konfiden depan penguji and blow their mind away :) Tapi nak study bukan main banyak distraction. Tu la, kena tau priority. Nak buat cmner, laki dgn hobi mana boleh pisah. 
   Lepas ni plan nak renovate blog ni. At least lepas ni kalau ade something in mind boleh la share kat sini. (Walaupun xde viewer :)) At least better la daripada share kat social network yang semua orang boleh baca. Content blog lepas ni pun more to games and etc, bukan luahan perasaan. Tapi sekali-sekala bole la. Haha. Well,da lama x contact kenalan-kenalan lama. Ntah diorang ingat lagi x kat aku ni. Bukan x ingat kat korang, cuma malu nk start conversation ngan korang. Ni la susah jadik introvert. Anyway, pas habis OSCE remed ni pas settle research aku yg sangkut kat administrasi, boleh la aku update blog ni. Alright, nak gi study :)

P/S: Baru terfikir aku ni betul-betul layak ke tak nak jadik doktor :( but i guess its too late. GOGOGO!