Wednesday, September 25, 2013

KOPI LIKE A BOSS!

     Budaya minum kopi (mengopi) sudah menjadi kelaziman di dalam masyarakat sekarang terutamanya dalam golongan pekerja pejabat dan para pelajar. Selain itu, kopi juga menjadi perancak perbualan yang kadangkala diselangi dengan rokok. Oleh itu, tidak hairanlah kedai kopi selalu menjadi tumpuan untuk melepak dan berborak bersama rakan-rakan. 

Penemuan
Kopi dikatakan ditemui oleh seorang pengembala kambing dari Ethiopia pada tahun 800 SM secara tidak sengaja apabila kambingnya didapati bersemangat dan tidak dapat tidur walaupun matahari telah terbenam setelah memakan sejenis buah beri. Si pengembala ini pun cuba memasak dan memakan buah beri tersebut dan ternyata memiliki efek yang sama seperti kambing tadi. Sejak itu, kopi digunakan secara meluas di daerah itu dan kemudian ke seluruh dunia.
Dalam sejarah Islam, kopi dikatakan ditemui oleh Imam Abul Hassan Aliy Asy-Syadziliy dan dipopularkan oleh Imam Abu Bakr al-Idrus.

Khasiat
Tentu anda pernah mendengar bahawa budaya meminum kopi ini tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan bukan? Salah. Kopi hanya boleh membawa mudarat jika anda mengkonsumsi secara berlebihan. Malahan, kopi adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W selepas madu dan susu (dipetik dari beberapa sumber namun harus belum disahkan kesahihannya). Berikut adalah beberapa kebaikan dan khasiat kopi :

1. Menghilangkan rasa ngantuk.
Kopi mengandungi kafein yang boleh menimbulkan efek stimulan seperti berjaga, bertambah tumpuan, meningkatkan ketahanan, peningkatan motivasi dan produktiviti, peningkatan tekanan darah dan denyut jantung, serta menghilangkan persepsi rasa mengantuk dan lapar.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Selain mengandungi kafein, kopi juga didapati mengandungi bahan anti oksida yang boleh menghalang terjadinya bahan radikal bebas di dalam tubuh seterusnya menghalang terjadinya pembentukan sel kanser.

3. Mencegah penyakit.
Menurut beberapa penyelidikan, kopi didapati dapat mengurangkan risiko terjadinya sakit seperti Alzheimer (nyanyuk pada orang tua), dementia (penurunan kognitif dan fungsi otak), Parkinson, penyakit jantung, diabetes jenis-2, penyakit hati, dan gout.

4. Mengurangkan depresi.
Tindakan bahan kimia yang terdapat di dalam kopi dalam sistem saraf dapat mengurangkan rasa depresi pada peminum kopi jika dibandingkan dengan orang yang tidak meminum kopi.


Dampak Buruk Kopi
Berikut merupakan kesan jika meminum kopi secara berlebihan:

1.Ketagihan
Kafein boleh menyebabkan ketagihan. Hasilnya, akan ada efek tolak-balik (withdrawal effect) jika pengguna yang ketagihan tidak mengambil kopi dalam jumlah tertentu. Withdrawal effect adalah seperti pening kepala berlebihan, cemas, depresi, kurang cergas, dan lesu.

2. Menyebabkan anemia.
Kopi mengandungi polyphenol yang mana dapat mengganggu penyerapan zat besi di dalam badan. Oleh itu, kopi tidak digalakkan bagi perempuan yang sedang sarat mengandung.

Jenis Kopi Yang Terdapat di Pasaran

Pada umumnya, jenis kopi dikelaskan melalui cara penyajiannya.

1. Espresso









Menggunakan mesin brewing yang khusus, bijih kopi diletakkan didalam bekas, kemudian dialirkan air pada tekanan tinggi. Ekstrak kopi akan mengalir melalui lubang-lubang kecil di bawah mesin dan dituangkan ke dalam cawan untuk disajikan. (press=tekan)

2. Cappucino










Merupakan jenis kopi yang paling popular dan paling susah untuk dihidangkan secara betul. Mengandungi espresso, susu dan foam yang dicampur mengikut turutan.

3. Macchiato









Espresso yang ditambah sedikit susu yang tidak diaduk. Kadangkala diletakkan foam di atas susu.

4. Caffe Latte









Mempunyai kandungan yang sama seperti cappucino namun mengandungi komposisi susu yang lebih banyak. Sangat popular di Amerika Syarikat.

5. Long Black










Air panas diletakkan dahulu sebelum espresso menjadi 'espresso cair' (diletakkan secara berurutan air panas > espresso bagi mengekalkan rasa espresso)

  Inilah sedikit sebanyak perihal-perihal dan fakta-fakta berkenaan kopi. Mitos kopi mendatangkan keburukan ini disebarkan oleh para yahudi kerana tidak mahu orang Islam mengamalkan makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana memang sudah dibuktikan oleh sains bahawa makanan/minuman ini mendatangkan kebaikan (mereka menyembunyikan khasiat dan menyebarkan kesan buruk sahaja) Sebaliknya, mereka sendiri yang mengamalkan makanan ini. Oleh itu, diharap janganlah percaya 100% terhadap data-data sains dan berpeganglah kepada sunnah dan Al-Quran.



               


No comments:

Post a Comment